Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian..
Sekiranya anda membaca artikel ini dan umur anda masih dalam lingkungan 20 tahun, anda dalam keadaan yang bertuah! TAHNIAHkerana pada umur yang muda, anda sudah mula membaca mengenai kewangan.
Ia tidak memerlukan wang yang banyak untuk mendapat pulangan pelaburan yang tinggi. Katakan anda ingin menyimpan untuk anak anda.
Bolehkah anda meletakkan RM2 sehari untuknya bermula pada hari pertama anak anda dilahirkan?
RM2 sehari sekiranya dilaburkan pada pulangan 10% setahun akan memberi jumlah lebih dari RM35,000 untuk pendidikan anak ketika berumur 18 tahun.
Bagaimana pula dengan menukarkan teknik ini dengan membeli 1 dinar pada setiap tahun?
Ok, berdasarkan kiraan RM2 sehari:
- Dalam sebulan kita save RM60 untuk anak kita
- Dalam 6 bulan kita save RM360 untuk anak kita
- Dalam 12 bulan kita menyimpan RM720 untuk anak kita
- Ini kalau RM2 sehari. Bagaimana pula bagi mereka yang mampu menyimpan RM100 sebulan untuk anak-anak. Lagi besar emas dapat dibeli e.g 10 gram @ 20 gram.
Cadangan saya adalah untuk membeli 1 Dinar kepada anak kita sejak lahir pada setiap hari jadi nya ataupun dalam bahasa yang mudah 1 tahun, 1 dinar.
1 dinar setahun dengan kadar kenaikan harga emas sebanyak 20% setiap tahun akan memberi jumlah lebih RM35,000 untuk pendidikan anak ketika berumur 18 tahun.
Tekniknya ialah walaupun hanya meletakkan sedikit wang untuk membeli 1 dinar setiap tahun tetapi dalam jangka masa yang panjang, pulangannya adalah amat tinggi berbanding dengan meletakkan banyak wang dalam tempoh yang singkat.
Sekadar mengimbau harga 1 dinar pada tahun-tahun yang lepas:
- December 2009 - 1 dinar harganya RM470
Ini baru 1 dinar.. Kalau ibu bapa yang mampu membeli 20 gram pada setiap tahun? For sure anak-anak anda nanti akan dapat lebih dari yang di sebutkan di atas..
Tanpa membuang masa, check status kewangan anda dan buat tindakan sekarang dengan membeli emas untuk kegunaan anak-anak anda nanti. 18 tahun akan datang, skrip dialog antara anda berdua adalah begini =p
- Bapak: Anakku, ini adalah emas total up 18 dinar yang bapak dan emak kumpul sejak kamu lahir lagi. Inilah yang digunakan untuk membiayai pendidikan kamu sehingga beroleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Power) =p
- Anak: Terima kasih bapak. Jap nak bukak website public gold check harga ketika ini.. Fuiyoooo.. Sekeping 1 dinar dahRM2,800! 18 keping dinar darab RM2,800 banyak tu bapak..
- Bapak: Aih, bapak dulu beli RM800 je sekeping..
- Anak: Tak apa bapak, bapak simpan je resit tu. Yang penting harga 1 dinar pada hari sekarang tahun 2029 =) Thank you bapak & emak. Love u so much