RAMALAN HARGA EMAS 2013


Harga emas dijangka melonjak tahun 2013 kerana pengeluaran emas semakin berkurang,ekonomi eropah semakin pulih dan emas telah mendapat permintaan yang tinggi kerana harga emas yang rendah sekarang.Peramal emas dunia dan peramal emas tempatan telah meramalkan harga emas akan naik melonjak hingga awal tahun 2013.  Ini adalah artikel dari harian metro yang bertarikh 20 september 2012.
Harga emas dijangka melonjak
POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.
“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.
“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.
Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara.
Rujuk artikel bertarikh 20/9/2012 dalam harian metro,boleh klik dibawah,
http://www.hmetro.com.my/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/