BERITA KENAIKAN HARGA EMAS


LONJAKAN HARGA EMAS 2012/2013

CONTOH LONJAKAN
Harga emas dijangka akan terus melonjak. Melonjak dengan naik berbeza kerana melonjak dia akan melompat dengan lebih tinggi. 

Harga emas naik AS$1,800 seauns

PETALING JAYA 19 Sept. – Poh Kong Holdings Bhd, rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, menjangkakan harga emas di pasaran global akan meningkat kepada AS$1,800 (RM5,472) untuk 31.2 gram (1 auns) menjelang akhir tahun, dirangsang oleh sentimen yang kian bertambah terhadap jaminan aset termasuk emas.
Pada masa ini, emas dijual pada harga AS$1,770 seauns.
Pengarah Eksekutif Ermin Siow berkata, harga emas akan kekal menggalakkan sehingga tahun 2015 dan yang pastinya, tahun hadapan hargnya akan mencecah AS$2,000 (RM6,080) seauns.
Bercakap dalam taklimat media mengenai “Tinjauan Trend Permintaan Emas” hari ini, Siow berkata, kebimbangan berterusan terhadap ekonomi AS dan negara utama yang lain seperti China akan pastinya menjadi pemacu kepada harga-harga emas di masa akan datang. – BERNAMA
Liputan di Kosmo :
Kosmo 20hb September 2012
Liputan di Metro :
Harian Metro 19hb September

Harian Metro 20hb September 2012
Liputan di The Star :
The Star 20hb September 2012